Mitos Pantang Larang Mandi

Hai Assalamualaikum readers and haters,

Harini i nak share pantang larang mandi which is semuanya mitos fake palsu dan sebagainya yang i dapat dari #medtweetmy. So lets start :)

1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau.
Mitos! panau adalah jangkitan kulat pada kulit. Ia berlaku apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti rendah, atau kekurangan gizi. Jika berpeluh atau selepas mandi anda tidak keringkan badan maka barulah kene panau serta pengor.
2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.

Mitos! tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Mandi yang menyebabkan perut korang buncit tu namanya nasi mandi ( Arab ).

3. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok.

Mitos! Strok berkalu apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak menggangu saluran darah beroksigen ke otak. 

4. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair.

Mitos! Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai 'pneumonia'. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak.

5. Mandi lama-lama ketika pantang bersalin penyebab bentan.

Mitos! Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau masuk angin, Luka perineum atau perut ( cesarean ) perlu dojaga dengan baik. Perlu makanan seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Tapi jangan lah sampai mandi kerbau lak. 

thats all for today and happy reading :)

Comments

Popular posts from this blog